Produk Healjuz dikilangkan oleh kilang yang menerapkan konsep Halalan Toyyiban. Kualiti produk yang dijamin suci dan baik untuk pengguna. Jaminan harga yang berpatutan untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi.

Sampel produk akan dibuat dengan teliti serta memenuhi citarasa pelanggan. Perkhidmatan dari pengilang Healjuz dijamin terbaik. Bahan-bahan yang digunakan untuk memproses produk-produk adalah halal dan suci. Material produk akan disimpan secara teratur dan diberi tempat yang luas serta bersih untuk kegunaan pada masa akan datang.

Kini dengan adanya sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pengilang Healjuz mencorak langkah ke hadapan dengan lebih yakin dalam menjayakan inovasi produk muslim bertaraf global yang unggul dan berwibawa serta mendapat pengiktirafan dunia.

Pengilang Healjuz turut mendapat sijil pengiktirafan MeSTI daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memberi implikasi baik seperti kebersihan kawasan kilang, kebersihan mesin yang digunakan, pekerja yang menjaga kebersihan sewaktu bekerja dan sebagainya. Pengilang amat mengambil berat tentang KEBERSIHAN bagi menjamin kesihatan para pengguna di luar sana.